08 September 2019

ARDELL ARYANA: "KALAU IKUTKAN HATI SAYA MAHU LARI SEBELUM MAJLIS"


"Saya minta maaf atas video yang tular sehinggakan ada pihak mengatakan saya cacat, timbul video parodi dan parkinson. Walaupun kami berdua pelakon namun detik istimewa suami lafaz akad membuatkan kehidupan saya saat itu berubah.





"Saya menghidap anxiety dan tekak yang sangat teruk, saya tidak boleh dikelilingi oleh orang ramai. Ketika itu semua perasaan timbul, nak marah pun ada. Kalau ikutkan hati saya mahu lari sebelum majlis," tutur pelakon Ardell Aryana yang bersama suaminya, Nadzmi Adhwa, tampil membuka mulut mengenai rakaman pernikahannya yang viral hingga mengundang perlbagai caci maki netizen.

Kongsi Ardell lagi, beliau turut tertekan dengan kecaman netizen sehinggakan takut untuk keluar dari rumah kerana pernah mengalami pengalaman yang menakutkan apabila sekumpulan individu merakam dan ketawa melihat mereka.

"Saya memang tak mahu berkahwin kerana diserang panik. Itu yang sering terjadi. Sampaikan ada yang menyentuh isu malam pertama dan itu membuatkan saya bertambah tertekan. Setelah bernikah saya takut untuk keluar rumah. Pernah terjadi saya dan suami keluar untuk makan di Shah Alam, ada sekumpulan individu yang merakam gerak-geri kami dan ketawa besar," jelasnya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, Rotikaya & Mingguan Wanita


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: