08 September 2019

"ORANG ITU NAK ADA BABY... KITA ADA HALUAN MASING-MASING" - SUFIAN


"Banyak saja sebenarnya komen-komen yang tak berapa positif yang biasa diterima di akaun media sosial saya tetapi saya biarkan saja berlalu pergi. Tetapi apabila seorang individu ini menyatakan tindakan saya selama ini kerana mahu membuatkan si dia rasa bersalah, benda itu sudah tak sepatutnya diungkit balik sebab cerita itu sudah terlalu lama.





"Orang itu pun sudah nak ada baby, kita pun sudah ada haluan masing-masing. Kalau nak bercakap pasal penampilan saya dan nak suruh saya gembira, saya okey. Kalau nak kata apa yang saya buat supaya nak pihak lain rasa bersalah, saya terpanggil untuk menjawab perkara itu supaya tak ada lagi orang yang mengulangi perkara yang sama.

"Kalau tengok konteks yang lebih besar pun, foto terbabit membawa maksud dan mesej yang jelas. Saya rindukan kawan saya, aktiviti diving dan pulau Tioman," demikian kata penyanyi Sufian Suhaimi yang memohon peminat setianya agar tidak lagi mengaitkan dirinya dengan kisah silamnya dengan individu tertentu yang kini sudah jelas punyai kehidupannya sendiri.

Klik untuk gambar besar


Jelas Sufian, tindakan individu yang menulis komentar di akauan Instagramnya baru-baru ini membuatkan dia terpanggil untuk menasihati netizen secara umum agar tidak mengulanginya lagi. Dalam pada itu, kata Sufian dia telah memadamkan status terbabit disebabkan serangan warganet terhadap pengguna terbabit hingga disifatkannya seolah-olah buli siber.

"Saya sudah memadamkan komen itu apabila ada pula komen-komen balas yang berbaur negatif dan menggunakan bahasa kasar yang saya sendiri tidak gemar. Lebih mendukacitakan apabila komen-komen sedemikian datang daripada generasi muda terhadap mak cik itu. Saya rasa biadap sebenarnya apabila situasi itu berlaku di platform yang saya sediakan. Rasa tidak betul!" tambahnya.

Baru-baru ini, sekeping foto milik Sufian mendapat perhatian ramai apabila ada pengguna yang menyifatkan tindakan penyanyi lagu Di Matamu itu seperti cuba membuatkan individu tertentu rasa bersalah. Sufian lantas membalas komen itu dengan menyatakan bahawa dia sudah lama 'move on' dan boleh memiliki teman wanita pada bila-bila masa sahaja.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sufian Suhaimi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: