23 September 2019

'ARTIS BAHARU WANITA POPULAR' - KEMENANGAN HANEESYA DIPERTIKAIKAN


Meskipun melalui episod pahit selepas pernah terpalit kontroversi panas dek kerana isu di kelab malam sehingga gelaran Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik, model dan pelakon Haneesya Hanee tidak patah semangat sebaliknya terus bangkit dengan penuh keyakinan. Semalam, Haneesya menebus semula rasa kecewanya apabila menang 'Artis Baharu Wanita Popular' di ABPBH 32 malam semalam.





Ramai juga yang terkejut dengan keputusan tersebut dan ada netizen mula mempertikaikan kemenangan gadis berusia 19 tahun itu dengan mengatakan kemenangan itu adalah hasil dari undian peminat atau diri sendiri. Malah, aksi Haneesya di atas pentas juga dikritik terlalu 'over' menangis terharu di atas kemenangannya itu.

Malah ada yang mengatakan sama ada tangisannya itu betul-betul atau lakonan semata-mata. Dalam pada itu, ada yang menyindir pelakon baru itu dengan mengatakan jangan ditarik balik kemenangan tersebut. Tidak kurang juga ramai yang mempertikaikan kemenangan gadis itu sedangkan tidak pernah melihat gadis itu berlakon mahupun muncul di kaca televisyen.

Apa pun, sudah tertulis rezeki untuk Haneesya menang semalam. Diharap dengan kemenangan tersebut, pelakon drama 'Cik Reen Encik Ngok Ngek' itu dapat membuktikan bakatnya dan bukan popular dengan hanya terpalit kontroversi panas semata-mata.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara, Instagram TV3 Malaysia & Haneesya Hanee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: