23 September 2019

KONGSI PERBUALAN - LUFYA AKUI DIPUKUL SUAMI KETIKA HAMIL?


Nampaknya kisah rumah tangga pelakon Lufya Omar dan suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz semakin terbuka 'pekung' apabila Lufya memuatnaik kisah suami memukul isteri di Instagram miliknya. Terkini Lufya berkongsi perbualannya dengan seorang wanita yang turut berkongsi gambar kecederaan yang dialaminya. Melalui perbualan tersebut, wanita itu juga meminta Lufya menyimpan dan menyorok gambar kecederaan yang dialami oleh Lufya daripada pengetahuan suaminya.





Pada entri yang sama di ruangan komen, Lufya seolah-olah turut memberikan gambaran bahawa dia juga dicederakan suaminya ketika sedang hamil, apabila menjawab komen seorang pengikutnya di Instagram. Pada entri tersebut juga Lufya mengakui menerima banyak aduan bergambar aduan-aduan wanita yang dipukul oleh suami masing-masing.

"I tengah preggy pun pernah kena tumbuk, sepak terajang... depan family dia pijak semut tak mati... last2 nama kita juga busuk," tulis @zuriana_arshad di ruangan komen Lufya. - "@zuriana_arshad sama! Patut kita belajar tomoi la sebeum kawin. Jangan sedih ya. Takpelah. Tunggu balasan lagi hebat dari Yang Maha Hebat," balas Lufya kepada yang menulis komen tersebut.

Lufya juga secara sinis menyindir suami yang suka berlagak seperti mereka yang menjadi mangsa di hadapan keluarga dan masyarakat: "Belakang hari mereka ni akan 'play victim' kat keluarga dan masyarakat. Apa lagi yang ada raut wajah acah-acah lembut suci," tulis Lufya.

Klik untuk gambar besar


Lufya yang berkahwin dengan Dr. Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun itu juga memberi beberapa nasihat yang dianggap penting kepada semua wanita yang dianiaya suami demi masa depan diri sendiri dan anak-anak. Berikut adalah nasihat yang ditulis oleh Lufya pada entri di Instagramnya itu:

1. Terus pergi hospital buat laporan kecerderaan. - 2. Pergi balai buat laporan polis bawa laporan kecederaan. (untuk rujukan syariah; kalau taknak suami kena tangkap polis, boleh sekadar menyimpan bukti kukuh dan memberi peluang pengajaran kepada suami / boleh jugak buat report kasi suami menginap free kat lokap.

3. Mengadu pada wali, bapa, atuk lelaki, adik lelaki, bapa saudara untuk menjadi wakil dalam perbincangan keluarga. Kalau lebih rumit. - 4. Lantik je lawyer. Kalau takde cukup kewangan, jgn risau ada je badan yang boleh bantu. Jangan takut negara kita ada undang-undang.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: