22 September 2019

'TIPU' LOKASI, NETIZEN BERDEBAT - EMMA AKUI MAKAN PIZZA DI KELAB MALAM


Pelakon Emma Maembong baru-baru ini telah memuatnaik gambar sedang menikmati pizza di laman Instagram (IG) miliknya dan memaut lokasi di Sungai Buloh, Selangor. Bagaimanapun, rata-rata netizen mendakwa foto yang dimuatnaik Emma itu menunjukkan lokasi berbeza iaitu di sebuah kelab malam popular di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pelbagai persoalan timbul dan ramai yang bertanya kenapa Emma perlu menipu.





Sebaik sahaja memuat gambar berkenaan, ramai mempersoalkan lokasi sebenar Emma berada hingga menimbulkan perdebatan netizen. Terkejut dengan reaksi peminat, Emma, 27, mengakui pergi ke kelab malam itu untuk makan pizza. Tidak lama kemudian, seorang lagi pengikut memaklumkan dia tidak pernah menemui premis itu berikutan menetap di kawasan berkenaan.

Terkesima dengan asakan warganet, pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail itu mengakui berada di kelab malam semata-mata mahu menikmati pizza: "Memang saya ke sana tetapi kongsi kedudukan sekarang (sewaktu foto itu dimuat naik di Sungai Buloh). Saya pergi la, pizza sana sedap, why (kenapa)," katanya membalas komen warganet.

Klik untuk gambar besar


Pada 6 Februari lalu, Emma menarik perhatian peminatnya apabila mendedahkan aurat biarpun hampir lima tahun mengenakan hijab. Sebelum itu pelakon drama 'Kau Yang Terindah' itu mencetuskan kontroversi sebaik dua foto miliknya yang berada di celah kangkang Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan tersebar di laman sosial.

Mungkin warganet ingin menasihati Emma untuk pilih kedai makan yang tidak menjual makanan atau minuman yang dilarang dalam Islam. Iyalah, bila ke kelab malam ini orang akan mudah salah faham. Apa-apa pun, kita fikir positif, Emma hanya menikmati pizza sahaja.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: