01 September 2019

BILA MIRA FILZAH & BEN AMIR BERBALAS MESRA: "LEMAS DENGAN CINTA"


Nampaknya netizen sudah pun mula merindui dua teraju utama 'Sweet Dreams' iaitu Mira Filzah dan Ben Amir yang digelar pasangan 'Benamira', meskipun drama yang kini sedang hangat itu belum lagi tamat.





Apa yang membuatkan netizen semakin tidak keruan dan senyum sendirian apabila kedua-duanya dilihat saling berbalas di ruangan komen laman Instagram masing-masing.

Terbaru, Mira turut berkongsi di Insta Story mempersoalkan sama ada lelaki ini merinduinya. Apa pun, bak kata perpatah jika sudah jodoh tidak ke mana.

Michael Ang yang merupakan pengarah 'Sweet Dreams' itu sebelum ini dikenali sebagai pengarah 'matchmaker' apabila gandingan pelakon dramanya, Fattah Amin dan Nur Fazura berakhir ke jinjang pelamin.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Mira Filzah & Ben Amir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: