01 September 2019

DAKWAAN POPULAR SELEPAS CERAI - INI JAWAB BELLA ASTILLAH


Dituduh meraih populariti selepas berpisah dengan bekas suami, Aliff Aziz oleh seorang netizen baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, telah tampil membela diri dengan menegaskan andai dirinya dikenali selepas bercerai sekalipun, ia tidak membawa sebarang makna jika tak disokong oleh bakat.





"Hi. Akaun palsu ke ni? Ini semua rezeki Allah SWT. Kalau saya popular sebab itu (cerai) sekalipun, kalau tak ada bakat, tidak boleh juga. Semua ini juga rezeki anak saya. Semoga hati awak semakin bersih dan cakap pun yang baik-baik saja, ok," tulisnya.

Kakak kepada penyanyi, Didie Astillah, itu juga berkata, tiada siapa yang menginginkan perceraian apabila mendirikan rumah tangga: "Siapa yang inginkan perceraian? Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Cuba tanya mak dan ayah kita. Tetapi, kadang-kadang semua (yang berlaku) sudah ditakdirkan dan kita reda dengan ketentuan-Nya".

Klik untuk gambar besar


Baru-baru ini, seorang individu yang dikatakan menggunakan akaun Instagram palsu, meninggalkan komen pada laman sosial Bella dengan mengatakan, wanita itu popular sejak dia diceraikan. Rata-rata pengikut Bella kagum dengan sikapnya yang begitu positif dalam kehidupan dan ia dikatakan terserlah menerusi cara wanita itu membalas komen berkenaan.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Ayden, yang kini berusia dua tahun. Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka sah bercerai pada 16 Mei lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: