01 September 2019

MELL SAKURA, SHILA AMZAH DAPAT 'BAYI MERDEKA'


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada vokalis Sakura Band, Mell serta penyanyi dan pelakon Shila Amzah atas kelahiran anak sulung mereka masing-masing yang dilahirkan semalam (31 Ogos 2019) iaitu jatuh pada Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62.





Mell atau nama sebenarnya Melley Matius, 31, selamat melahirkan bayi perempuan di pusat perubatan di Serdang, Selangor jam 1.07 petang semalam. Suaminya yang juga pemain dram kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan atau Wan, 32, ketika dihubungi berkata, Mell dan anak pertama itu sihat dan stabil.

Bayi seberat tiga kilogram diberi nama Marissa Sofea itu dilahirkan secara pembedahan: "Mell dinasihatkan menjalani pembedahan kerana bayi kami mengalami sedikit kesukaran untuk dilahirkan secara normal".

Klik untuk gambr besar


Wan turut berkongsi rasa teruja dan terharu apabila dapat memegang cahaya mata pertamanya itu: "Ketika doktor serahkan bayi untuk saya iqamat, timbul satu perasaan yang tak dapat saya gambarkan. Rasa terharu yang terlalu mendalam buatkan saya iqamat sambil menangis.

"Paling penting buat saya adalah isteri dan anak kami berada dalam keadaan sihat," tutur Wan turut berkata Mell akan dibenarkan pulang untuk berpantang di rumah dan akan dijaga oleh anggota keluarganya mereka.

Sementara itu, Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah pula selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.88kg yang telah diberikan nama iaitu Seth Uwais Bin Haris Idraki, secara pembedahan pada jam 11.43 malam.



"Syukur Alhamdulillah, sha selamat melahirkan our first baby malam tadi pada 31 August 2019 (jatuh pada Hari Merdeka dan Awal Muharram), jam 11.43, secara emergency c section, seberat 2.88kg. Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua.. Terima kasih banyak.

"Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki.. Memperkenalkan.. Seth Uwais Bin Haris Idraki Sekarang sha di nasihatkan utk berehat oleh doctor setelah 55 jam 43 minit sha berada dalam labour.. Doakan sha cepat sihat ya?

"Sorry tak dapat balas semua, tapi sha Dan Haris hargai sangat2," tulis Shila di laman Instagram miliknya yang turut meletakkan tanda pagar Alhamdulillah, babyboy, Augustbabies, merdekababy, SethUwais.












www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Mell Sakura, Wan 6ixth Sense, Shila Amzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: