19 September 2019

"DIA SANGAT BENCIKAN KAUM GAY" - LUFYA NAFI SUAMI SONGSANG


"Itu semua fitnah. Saya sebagai isteri lebih mengenalinya serta tahu baik buruknya dari keluarganya sendiri. Dia bukan seorang gay, malah dia sangat bencikan kaum gay. Allah lebih mengetahui dan jauhkanlah fitnah tanpa bukti hanya kerana melihat kepada penampilannya.





"Jika orang cakap pasal fotonya di aplikasi gay itu, bagi saya, ramai je gambar orang lain yang digunakan bagi tujuan fitnah atau suka-suka," demikian jelas penyanyi dan pelakon Lufya Omar yang menafikan desas-desus netizen mengenai suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz yang didakwa meminati kaum sejenis.

Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, sebagai isteri, dia lebih mengenali suaminya dan menganggap ia fitnah semata-mata. Lufya berkata demikian ketika dihubungi selepas diminta mengulas lanjut mengenai pergolakan rumah tangga yang sedang dialaminya.

Klik untuk gambar besar


Masalah rumah tangga yang mereka hadapi telah mula diketahui umum selepas Hafiz sendiri memberi kenyataan kepada media. Malah beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan ini menjadi bualan apabila Lufya pada mulanya memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami selepas tiga bulan berkahwin.

Mengulas mengenai hubungannya terkininya dengan Hafiz, Lufya mendedahkan mereka sudah tiga bulan tidak sebumbung: "Kami sudah tiga bulan tidak sebumbung. Malah ketika saya cuba menghubunginya beberapa hari lalu dia senyap dan tidak membalas apa-apa.

"Saya tak terima apa-apa lafaz cerai melalui WhatsApp seperti yang didakwa, jauh sekali surat dari mahkamah. Jika benar dia hendak bercerai saya minta dia memfailkan di mahkamah. Negara kita ada undang-undang. Saya harap dia bertindak secara bijak," katanya yang berkahwin Dr. Che Muhammad Hafiz dengan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: