20 September 2019

DIKECAM SINDIR 'BUY MUSLIM FIRST' - HARITH ISKANDER ENGGAN ULAS


Pelawak terkenal tanah air, Harith Iskander Musa telah menerima kecaman serta perasaan geram warganet berhubung status berbaur sindiran pada ciapan (tweet) ditulisnya kelmarin berkaitan kempen 'Utamakan Produk Muslim' atau 'Buy Muslims First' (BMF).





Harith, 53, yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp hanya memberitahu tiada komen bagi pihaknya: "Kalau nak cakap mengenai 'tweet' saya tu, my official comment is no comment (komen rasmi daripada saya adalah tiada komen). Ramai dah contact (hubungi) saya. Thanks anyway (Apapun, terima kasih)," tulisnya berserta emoji ketawa.

Pada status ciapan ditulisnya, Harith seakan mempersoalkan "Why stop at 'Buy Muslims Products Only'. How about 'Support Muslim Athletes Only'. Stop watching badminton, EPL, NBA, MMA, UFC, WCG - in fact stop watching All sports".

Klik untuk gambar besar


Ciapan yang ditulis pada jam 3.31 petang itu, bagaimanapun mendapat 161 kicau semula (retweet) dan 430 tanda suka (like) daripada pelayar Twitter. Kebanyakan warganet yang menulis komen pula menyifatkan tindakan Harith kurang bijak dan ia bukan perkara kelakar.

Harith sudah menceburi karier seni lebih dua dekad dan cukup dikenali dalam bidang komedi sebagai pelawak solo. Sepanjang pembabitannya, Harith juga pernah muncul juara pertandingan Funniest Person In The World pada Disember 2016 dan memenangi Anugerah Komedian Terbaik di Asia 2014 oleh Top 10 Majalah Asia.

Apa pun, bukan semua perkara boleh dijadikan bahan lawak ataupun 'sarcastic'. Fahamkan dahulu maksud disebalik sesuatu perkara sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Jangan bangkitkan kemarahan ramai apatah lagi menyentuh isu yang sensitif.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: