20 September 2019

BAPA KENA KECAM - NORZIZI JELASKAN KAHWIN SEORANG, BUKAN EMPAT


Tampil menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan warganet dengan mengecam bapanya berkahwin empat adalah tidak tepat sama sekali, pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli berkata bapanya yang juga pelakon dan seniman veteran, Datuk Zulkifli Zain, 73, hingga kini masih kekal dengan seorang isteri, Datin Normala Omar, 61.





"Bapa saya tidak pernah berkahwin empat. Beliau bercakap kalaulah dia mempunyai empat isteri sekalipun, tidak akan mampu menjaga beliau yang lumpuh ini dengan begitu baik sekali. Oleh kerana itu, dia mengucapkan terima kasih banyak buat anaknya," katanya.

Semalam, warganet memberi respon yang silap apabila menyangka Zulkifli berkahwin empat. Justeru, menurut Dr Norzizi kebanyakan warganet yang tidak tahu cerita banyak mengutuk bapanya di laman Facebook (FB). Mengimbas latarnya, Zulkifli di era kegemilangannya pernah membintangi drama Tragedi Seri Mersing pada 1985 dan sangat dikenali dengan watak Bentayan.

Bertemu jodoh dengan Normala yang juga pelakon drama Opah sekitar 1975, pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata. Selain Dr Norzizi, adik beradiknya yang lain ialah Norzaza, 38; Norzazila, 36; Norzazleen, 33, dan Mohd Noor Zabaiq, 29.

Klik untuk gambar besar


Pada sekitar era 1970-an dan 1980-an, Zulkifli pernah membintangi filem Jiwa Remaja, Potret Maria, Penentuan dan banyak lagi. Berasal dari Alor Setar, Kedah, di atas sumbangan pada karier seni diceburi, Zulkifli dianugerahkan gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Kedah.

Semalam, Dr Norzizi berkongsi foto di Instagram, dia dalam kesedihan bersama bapanya yang mendapat rawatan di hospital. Dengan kapsyen ditulis, selepas sarapan pagi, duduk di katil kena picit lutut dia, sekali lagi papa ulang suruh beritahu adik dia ucap terima kasih.

"Kata papa, empat isteri pun tak mampu jaga macam mana anak uruskan dia dan mama. Macam-macam lagilah yang dia cakap," tulisnya yang tiadanya perkataan 'kalau' sehingga rata-rata warganet yang memberi komen bertindak mengecam kerana beranggapan Zulkifli berkahwin empat.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian metro & Instagram Norzizi Zulkifli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: