20 September 2019

RADHI TAK SERIK KAHWIN LAGI: "KALAU BOLEH NAK WANITA BERPURDAH"


Meskipun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan, vokalis kumpulan OAG, Radhi akui tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi dan berkata, jika dia ditakdirkan untuk melayari bahtera perkahwinan sekali lagi, dia berharap dijodohkan bersama seorang wanita berpurdah dan mahukan perkahwinan itu kekal sehingga ke akhir hayat.





"Sebenarnya untuk jatuh cinta lagi bukan suatu perkara yang mudah. Namun jika ditakdirkan saya berkahwin sekali lagi kalau boleh saya mahu yang lebih baik dan kuat pegangan agama serta berpurdah. Saya tahu bukan mudah nak cari wanita berpurdah pada masa kini, tapi kalau boleh saya memang nak wanita berpurdah sebab saya tak nak dedahkan dia kepada umum. Tapi apa-apa pun yang penting, saya harap jika saya berkahwin lagi, ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya tak nak perkara sama berulang lagi," tuturnya.

Terdahulu, Radhi mendirikan rumah tangga dengan Nur Syahira Ayu Zahiri 14 April 2014 kemudian disahkan bercerai dengan talak satu pada 25 Mac lalu. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3 tahun. Radhi juga pernah berkahwin dengan pelakon drama, Shazlin Sharif pada 2005 kemudian bercerai pada 2010 dan mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Rifdhi Muslim kini berusia 14 tahun.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: