"Budak-budak ni tak tahu apa pun. Jerebu pun tak kenal. Bacaan IPU pun depa tak tau. Tapi dorang jadi mangsa. Batuk tak henti. Nafas laju. Bunyi kuat. 6 hari demam panas. Tiap malam muntah. Bangun pukul 3 pagi masuk ubat bontot. Seksa budak-budak ni.

"Kenapa korang bakar hutan? Main bakar sampah merata woi! Semoga anak-anak daddy kembali sihat and happy macam biasa. Love you kiddo!," demikian tulis pengacara Haziq Hussni yang berang gara-gara masalah jerebu yang melanda dan menyebabkan kedua-dua anaknya, Heidy dan Chayra dimasukkan ke hospital serentak.
Haziq berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuatnaik foto kedua-dua anaknya terbaring di atas katil wad sebuah hospital selepas mengalami pelbagai simptom termasuk demam panas selama enam hari.
Entri berkenaan juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersimpati dengan nasib anak-anaknya. Mereka turut mendoakan agar kedua-dua anaknya segera sembuh. Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari pada Julai 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Haziq Hussni
________________________

No comments:
Post a Comment