20 September 2019

19 FOTO RESEPSI - RAJA ILYA TANGGUH ANAK, NAFI SELEBRITI MINTA TAJA


Pelakon Raja Ilya yang baru sahaja selesai mengadakan majlis resepsi malam semalam itu mengakui dia terpaksa menangguhkan dulu hasrat untuk mendapatkan cahaya mata dalam tempoh dua tahun lagi, selepas sembilan bulan berkahwin dengan pilihan hatinya jejaka Austarlia, Trent Garrett. Menurut Ilya buat masa ini, dia mahu fokus pada bidang lakonan termasuk mengembangkan bakatnya ke luar negara.





"Maklumlah, selepas selesai kursus pendek lakonan di Akademi Seni Australia Barat (WAAPA) di Perth, suami memang mahukan saya teruskan karier lakonan yang diceburi sejak dulu. Suami memang beri galakan sepenuhnya untuk saya mencari peluang berlakon di luar negara ketika ini," katanya.

Kata pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 34, dia juga sempat menghadiri proses uji bakat untuk Channel ABC ketika di Perth, Australia sebelum ini: "Saya dan suami juga merancang untuk ke Amerika Syarikat pula pada tahun depan dan pada masa sama mencari peluang berlakon di sana," jelasnya.

Ditanya soal anak pula, kata Raja Ilya, jika diikutkan ibu mentuanya memang tidak sabar untuk menimang cucu dalam tempoh terdekat ini: "Saya juga tidak bimbang pada faktor usia yang mencecah 34 tahun sekarang kerana percaya soal rezeki. Jika ada rezeki, suami mahu kami memiliki tiga anak untuk melengkapkan rumah tangga".

Klik untuk gambar besar


Mengulas mengenai tajaan untuk dua majlisnya iaitu malam berinai yang berlangsung kelmarin dan majlis resepsi malam semalam pula, katanya, dia sangat bersyukur kerana ramai pihak yang sudi bekerjasama untuk merealisasikan dua majlis terbabit.

"Alhamdulillah, kami bertuah kerana dapat bekerjasama dengan banyak syarikat iaitu Lux & Fab Production, Raffiey Nasir dan Ezad Ibrahim. Majlis yang berlangsung semalam (kelmarin) adalah malam berinai dan serentak dengan pelancaran OST filem lakonan saya, KL Vampires.

"Majlis resepsi malam ini (semalam) juga makan malam untuk meraikan majlis perkahwinan kami bersama ahli keluarga terdekat, rakan rapat dan pihak media yang menyokong karier seni sejak dulu," tuturnya yang berkahwin dengan Trent Garrett, 38, di kediaman saudara ahli perniagaan itu di Perth dalam majlis tertutup dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak pada 23 Disember tahun lalu.



Sementara itu, Raja Ilya menafikan dia adalah selebriti yang didakwa memohon tajaan pakej bulan madu dari agensi pelancongan yang tular di laman sosial baru-baru ini. Ilya ketika ditemui berkata, pihak pengurusan acara yang menguruskan majlis resepsi perkahwinannya di sini memang ada memohon tajaan bilik hotel termasuk untuk ahli keluarga tetapi bukan pakej bulan madu seperti yang tular itu.

"Saya tidak berapa pasti mengenai kisah yang tular itu kerana ada terdengar mengenainya dalam tempoh sehari dan selepas itu senyap. Saya tidak anggap ia perkara besar apabila netizen kaitkan dengan nama saya kerana ia tiada kaitan," jelasnya.

Ilya yang bersyukur kerana banyak syarikat yang sudi merealisasikan majlis berinai dan resepsi perkahwinannya di Malaysia itu berkata penaja terbesar ialah dari Habib Jewels yang menaja perhiasan di mana jumlah keseluruhan nilai tajaan mencecah RM10 juta.

"Saya sangat terharu dan berasa dihargai kerana mereka juga menamakan perhiasan yang digayakan mengikut tema majlis 'Henna Night' pada malam berinai. Selain itu, kami juga dapat tajaan hotel untuk bulan madu di Langkawi. Kami memilih Langkawi kerana ahli keluarga sebelah suami akan menyertai percutian ini kerana mereka tidak pernah bercuti di Malaysia," katanya.


































www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Raja Ilya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: