20 September 2019

'SELAMANYA' KISAH BENAR - IBU NAFI AS'AD MOTAWH HAMILKAN WANITA


Ibu kepada penyanyi As'ad Motawh, Datuk Yustita J Al-Djabbarn menerusi laman Instagram miliknya tampil memberikan penjelasan berhubung muzik video lagu terbaru penyanyi itu bertajuk 'Selamanya' kerana tidak mahu peminat terus membuat andaian dan timbul fitnah.





Melihat pada kenyataan tersebut, Yustita berkata, Selamanya adalah kisah benar daripada himpunan atau gabungan cerita dan pengalaman yang berlaku dalam masyarakat hari ini akibat kemurungan: "Muzik video ini adalah idea daripada As’ad sendiri dan bertujuan menyampaikan nasihat kepada mereka yang pernah dikecam serta mengalami kemurungan bahawa As'ad memahami situasi dihadapi mereka.

"As'ad sendiri pernah melalui saat kemurungan bila dia dikecam dengan hebat oleh 'haters'. Kata-kata mutiara daripada kami, tabahkan hati, teguhkan iman, terima kecaman secara positif dan berserah kepada Allah SWT," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Yustita berkata, babak yang terdapat di dalam muzik video berkenaan juga ditambah bagi menjadikan jalan cerita lebih dramatik. Malah menjawab soalan daripada kelab peminat Asadious yang menghantar mesej peribadi kepadanya, benarkah As’ad menghamilkan teman wanita? Ia tidak benar sama sekali.

"Babak seorang wanita yang berlakon menjadi kekasih As’ad dan menunjukkan alat ujian kehamilan hanyalah sebuah cerita. Kepada kelab peminat As’ad, belum pernah lagi dia berbuat perkara seperti itu dan Insya-Allah ia tidak akan terjadi. Ini hanyalah cerita dalam muzik video sahaja," katanya.

Terdahulu, muzik video 'Selamanya' mula dilancarkan di laman YouTube sejak 13 September lalu dan menerima hampir 300,000 tontonan.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Datuk Yustita J Al-Djabbarn & As'ad Motawh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: