09 September 2019
HAQIEM RUSLI AKUI GADIS REMAJA 'R' TEMAN PALING RAPAT
"Saya memang tidak ramai kawan perempuan dan R adalah teman yang paling rapat dalam hidup ketika ini. Walaupun baru berusia 16 tahun, pemikirannya sangat matang dan saya selesa berkawan dengannya," demikian kata penyanyi Haqiem Rusli yang mengakui dia kini berkawan rapat dengan gadis yang juga model muzik videonya 'Selamat Tinggal Sayang' yang dikenali sejak dua tahun lalu.
Menurut Haqiem, 21, gadis berusia 16 tahun dan dikenali sebagai R itu juga berasal dari Sydney, Australia. Mengulas detik perkenalan mereka, kata Haqiem, dia bertemu R ketika mengadakan persembahan di sebuah universiti di Sydney, Australia, dua tahun lalu.
"R juga antara peminat yang datang menonton persembahan saya ketika itu. Kami juga saling berhubung selepas pertemuan terbabit. Hubungan kami juga rapat hingga saya turut menawarkannya menjadi model dalam muzik video 'Selamat Tinggal Sayang' yang turut membabitkan penggambaran di Sydney sebelum ini," jelasnya.
Bagaimanapun, kata Haqiem, dia tidak dapat mengelak bila ada pihak termasuk warganet yang mendakwa mereka kini bercinta: "Keluarga juga tahu kami berkawan rapat. Buat masa ini, kami juga selesa berkawan dulu dan kalau ada jodoh adalah".
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram haqiem Rusli
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment