10 September 2019

ISU KULIT GELAP - HANEESYA HANEE GUNAKAN RAIH PUBLISITI?


Nama model dan pelakon Haneesya Hanee sudah lama kita tidak dengar sejak kali terakhir bekas Juara Dewi Remaja 2018/2019 itu pernah mencetuskan kontroversi gara-gara video viral di kelab malam. Bagaimanapun, masih ada yang tidak menafikan betapa tabahnya dia apabila sering dikutuk kerana warna kulitnya yang hitam manis.





Ejeklah macam mana pun, tetapi Haneesya tetap tidak berputus asa dan membuktikan orang yang berkulit gelap juga mempunyai kecantikan mereka tersendiri. Malah, dia turut dijadikan sebagai sumber inspirasi buat mereka yang mempunyai kulit gelap di luar sana untuk tampil lebih yakin.

Namun, rata-rata netizen mula bosan dengan tindakan Haneesya yang sering membangkitkan isu warna kulitnya itu. Seakan sengaja ingin 'acah-acah' jadi mangsa dan meraih simpati serta publisiti murahan. Apa pula pendapat anda tentang isu ini? Perlu ke selalu bangkitkan isu warna kulit untuk mendapat perhatian?

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Haneesya Hanee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: