10 September 2019

ISU KONGKONG ANAK - IBU ELFIRA LOY BERI PENJELASAN


"Orang nampak saya kongkong tapi kadang-kadang saya dapat tahu daripada kawan sendiri yang mengatakan saya sangat beruntung sebab mendapat anak yang mendengar cakap. Kadangkala kita tidak sedar yang kita demand letak expectation terlalu tinggi. Bila kita merajuk pun, kita kena beritahu," kata ibu kepada pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff.





Bukan mudah untuk Filzah menguruskan kerjaya Elfira yang sudah bergelar anak seni sejak kanak-kanak lagi. Menurut Filzah, seorang ibu perlu mengongkong setiap gerak-geri anak-anak agar mereka tidak akan mudah lupa diri. Naluri seorang ibu sangat kuat.

Dalam pada itu, Elfira mengakui ada kalanya dia tidak selesa apabila dimarah, tetapi dari sisi positif perkara itu adalah untuk kebaikannya:"Saya marah dalam keputusan yang ibu saya buat tetapi saya tak tunjuk dan saya akan makan hati sorang-sorang. Tapi lama kelamaan keputusan yang dibuat ibunya bersebab dan lambat laun saya sedar itu adalah terbaik untuk saya.

Isteri kepada Faris Khairil Anuar itu tidak dapat menahan rasa sedih di atas pengorbanan ibunya selama membesarkannya dan adik-beradik yang lain, lebih-lebih lagi dia juga bakal bergelar ibu tidak lama lagi: "Pengorbanan ibu sangat besar. Apa yang ibadah yang dilakukan oleh ibu bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak-anak. Saya tahu bila dia dah tiada nanti, kita pula nak buat benda tu.

Klik untuk gambar besar


"Saya terasa sangat sebab saya pun akan jadi ibu tak lama lagi. Saya sebenarnya takut nak jadi ibu yang baik, macam mana ibu saya berkorban masa demi anak-anak. Bayangkan kita nak solat untuk diri kita pun susah, macam mana ibu boleh buat solat dan doa untuk anak-anak," ujarnya.

Sejak isu putus tunang Elfira dan penyanyi Sufian Suhaimi mendapat perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai spekulasi, nama ibu Elfira turut terkena tempiasnya apabila ada sesetengah netizen mengaitkannya sebagai punca anaknya putus tunang. Ramai yang salah anggap sebenarnya sehingga timbul persepsi yang kurang enak.

Bila kena marah memang rasa tidak seronok dan selesa. Tetapi setiap ibu mempunyai cara tersendiri untuk 'membentuk' dan mendidik anak mereka ke arah kebaikan. Pengorbanan seorang ibu itu besar dan kita harus hargainya.


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, Rotikaya & Mingguan Wanita


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: