11 September 2019

SHARNAAZ TOLAK TUNTUTAN CERAI - NABILA SEBAK, MOHON DOA


Hari ini telah berlangsung kes tuntutan perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Dalam prosiding tersebut, Sharnaaz telah menolak tuntutan cerai kerana ingin menyelamatkan rumah tangganya bersama Nabila yang dibina mereka sejak dua tahun lalu. Berikutan penolakan itu, Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail memutuskan supaya kedua-duanya hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).





Menurut Nabila, dia masih tidak boleh memberikan sebarang kenyataan, namun fokusnya kini hanyalah untuk membesarkan anaknya, Jebat Jayden Ahmad: "Saya nak fokus pada Jebat dan beri dia kasih sayang. Saya minta doakan baik-baik saja," katanya dengan nada sebak.

Sebak menahan emosi sehingga terhenti berkata-kata sewaktu dikerumuni wartawan, Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara, Neelofa, memberitahu dia tidak bersedia memberi kenyataan mengenai kemelut rumah tangganya: "Saya tak bersedia memberi kenyataan apa-apa lagi. Fokus saya hanya kepada anak (Jebat Jayden). Minta doa baik-baik dan semoga penyelesaian akan dicapai," tuturnya yang diwakili peguam, Azmi Rais.

Sementara itu, Sharnaaz yang kelihatan agak tenang menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik terhadap masalah rumah tanggganya dan percaya niat tersebut akan dipermudahkan: "Reda atau tidak, kita ada mahkamah. Kalau mahkamah perintah JKP kita akan cuba. Kita tengok apa kata JKP punya penyelesaian.

Klik untuk gambar besar


"Kenapa kalau kahwin elok-elok, takkan nak bercerai gaduh-gaduh. Soal reda atau tidak dalam hal ini, kita ada mahkamah... Kita perlu menghadapi benda itu. Jadi, apabila mahkamah perintah untuk melantik JKP, kita ikut saranan mereka. Kita cuba memperelokkan urusan sehabis baik," ujarnya yang diwakili peguam, Akhbar Din Abdul Kadir.

Pada prosiding itu, mahkamah mengarahkan Sharnaaz dan Nabila melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes tuntutan cerai yang difaikan pada 27 Ogos lalu. Perjumpaan untuk pelantikan JKP akan diadakan pada 30 September depan, di mahkamah sama. Tambah Sharnaaz, ketika ini, dia tidak ada masalah berjumpa anaknya. Sementara itu, Akhbar Din berkata, soal tuntutan penjagaan anak hanya akan dikemukakan selepas selesai kes perceraian pasangan itu.

Terdahulu ketika prosiding di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, peguam Sharnaaz, Akhbar Din Abdul Kader memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak bersetuju dengan tuntutan perceraian difailkan Nabila. Bagaimanapun, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Nabila memberitahu bahawa ketika proses perbincangan, Sharnaaz bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan pada 27 Ogos lalu.



Menerusi permohonan cerai itu, Nabila berkata, dia dan Sharnaaz sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada persefahaman. Nabila kemudian menfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod, kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila Nabila berkongsi foto dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta. Perkara itu membangkitkan pelbagai spekulasi dan ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Malah, Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga. Untuk rekod, Sharnaaz, 34, dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: