13 September 2019

ISU NEELOFA 'PERLI': "MUNGKIN TOM HANKS KOT" - SHARNAAZ


"Saya tak tahu dan tak penting. Saya tak tahu, mungkin Tom Hanks kot," demikian kata pelakon Sharnaaz Ahmad, 34, yang mengakui tidak tahu-menahu mengenai ‘tweet’ ditulis adik iparnya yang juga pelakon dan pengacara popular, Neelofa ditujukan kepadanya.





Melalui 'tweet' Neelofa kelmarin pada jam 1.03 tengah hari dari Manhattan, New York itu, dia menulis, "I just watched the best 'drama' ever (Saya baru sahaja menonton 'drama' terbaik). Guess who's the actor? (Teka siapa pelakonnya?). You killed it! (Anda memang hebat)".

Sharnaaz yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkata, dia tidak tahu mengenainya. Ditanya juga apakah dia 'individu' dimaksudkan 'tweet' itu, Sharnaaz tetap dengan jawapan tidak tahu. Sementara itu, menerusi Instagram (IG) stories, Sharnaaz menulis "Allah mengetahui dan itu cukup buat saya".

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Sharnaaz turut menulis di IG stories akaunnya, "Terima kasih atas doa semua. Saya doa Allah rahmati setiap insan mendoakan saya dan keluarga. Terima kasih". Kelmarin, pelakon drama 'Hati Bukan Kristal' di TV3 itu dilaporkan menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, 34, pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Sharnaaz yang enggan mengulas sebab menolak penceraian itu memberitahu dia mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan. Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden berusia setahun.

Katanya, pihaknya akan mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes penceraian itu dan akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12.30 tengah hari pada 30 Oktober depan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: