12 September 2019
BILA FASHA 'SEKOLAHKAN' NETIZEN LABEL SELEBRITI 'KAHWIN-CERAI'
"Hari pertama kami hidup bertiga. Ramai kata, Fasha, wanita besi. Eh, sejujurnya not all the time jadi besi.. there are times jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk). Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers. Haters will hate, no matter what. Setiap kebaikan yang kita buat, akan tetap ada silap dimata haters, tapi peduli apa kan,... teruskan buat apa yg kita suka. Tak semua orang suka kita happy. Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah. Walaupun adakalanya kita lemah.
"Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke.Eh hellloooo, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk paper je, sbb orang tak peduli. Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Sekurang2 nya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan.
"Being Single Is Better Than Being With the Wrong Person. I was a Janda before and im so PROUD with that title. Sbb apa? Sebab I janda yang berkerjaya, cari duit untuk family, tak meraih simpati dan kuat. Takde apa nak malu pun dengan title 'Janda' tu... Now Allah bagi peluang kedua utk menerima pasangan baru. Ini pun PINJAMAN juga daripada Allah, cuma apa yang I buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat atau #tilljannah.. Insyaallah.
Klik untuk gambar besar
"Jadi perempuan ni kena la kuat, supaya takde orang boleh tindas kita. Yang penting, kena bekerja dan simpan duit dalam bank. Supaya kita tetap bersedia, itu nasihat I selalu pada my sisters. I am an aries, sejenis kuat. Ada masa I boleh buat taktau je dan tak layan. Ada masa, perlu lawan, kena lawan. Jangan biarkan orang buli kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab. Tak payah nak diam all the time, nanti orang pijak kepala kita.
"But remember this, 'Not all forms of abuse leave bruises' kalau rasa benda tu bodoh utk dilayan just IGNORE. LIFE IS Too short. Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda Kuat dan berani! yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan yang terjadi. Sooner or later. Pasti ada.EX iSMC (independent single mom club)," demikian kata pelakon Fasha Sandha yang menerusi laman Instagram miliknya.
Kisah perceraian selebriti sentiasa mendapat perhatian netizen hingga ada segelintir pihak menganggap golongan terkenal itu lebih cenderung memilih jalan perpisahan berbanding berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka. Justeru itu, Fasha terpanggil untuk mengubah persepsi masyarakat memandangkan dia juga pernah berhadapan situasi sama suatu ketika dahulu.
Sebelum ini, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak, Fasha bertemu jodoh dengan pelakon Aidil Aziz dan pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu.
Dalam pada itu, pelakon drama 'Semua Salahku' ini mengakui dia berasa bangga dengan gelaran janda yang dipegangnya selama tiga tahun sebelum berkahwin semula. Kata Fasha, dia juga tidak pernah berasa malu dengan gelaran tersebut kerana ketika itu dia mampu menyara kehidupannya bersama anak-anak dengan hasil kerja keras sendiri. Fasha juga memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada semua peminat serta saudara perempuannya agar membuat simpanan kewangan untuk persediaan di masa hadapan.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fasha Sandha
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment