12 September 2019

DUA TAHUN KAHWIN - IZARA AISHAH AMBIL CUTI, BERSEDIA JADI IBU


"Sebelum ini, saya dan suami mahu meluangkan masa berdua, di samping berusaha memastikan kedudukan ekonomi kami stabil. Kini, kami sudah bersedia jika dikurniakan cahaya mata. Saya memang sukakan kanak-kanak, malah tidak sabar menggalas tanggungjawab sebagai ibu.





"Saya bagaimanapun, tidak mahu memberikan diri tekanan, sebaliknya menyerahkan kepada ketentuan rezeki," ujar pelakon Izara Aishah, 26, yang mengambil keputusan berehat seketika bagi memberi tumpuan kepada keluarga.

Hampir dua tahun masanya dipenuhi dengan pelbagai komitmen kerjaya, Izara berkata, dia kini mengosongkan jadual kerjaya seninya sehingga tahun hadapan sebagai persediaan menjadi ibu. Isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Adib Khalid itu ditemui pada majlis pelancaran tuala wanita, Enya, kerjasamanya bersama Elaine Hong, di sini, semalam.

Klik untuk gambar besar


Pernah berdepan kontroversi, terutama dari segi penampilan dan pemakaian, bintang 'Vanila Coklat' itu berkata, dia bertuah kerana suaminya banyak memberikan nasihat dan sentiasa menjadi tempat rujukan bagi mengelakkan diri daripada terjerat kontroversi.

"Saya mengakui kesilapan apabila tampil seksi pada sesetengah acara yang dihadiri. Seboleh mungkin, saya tidak mahu lagi terus dikaitkan dengan kontroversi dan sering meminta pendapat suami mengenai pemilihan pakaian yang bersesuaian.

"Jika tidak kena pada matanya, saya akan menukar pakaian lain. Lebih baik begitu kerana sekurang-kurangnya saya dapat mengelak daripada terus terpalit dengan kontroversi," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 17 November 2017.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Izara Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: