12 September 2019

"MUNGKIN LEBIH DIGODA JIKA DEDAHKAN IDENTITINYA (MR E)" - RUHAINIES


"Saya rasa cubaan menggoda buah hati saya tu merupakan perkara biasa, tambahan kami belum lagi mendirikan rumah tangga. Orang yang dah kahwin pun diganggu, apatah lagi kami yang belum mengikat sebarang ikatan yang sah ini.





"Ada orang kata teman lelaki saya digoda wanita lain kerana saya sendiri tidak mendedahkan wajahnya, namun bagi saya dia mungkin akan lebih digoda jika saya dedahkan identitinya kepada khalayak," kata pelakon Ruhainies.

Sudah hampir dua tahun menjalin hubungan cinta, Ruhainies memberitahu belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya. Jelasnya lagi, tindakannya itu bukan kerana bimbang kekasihnya dirampas tetapi mahu menjaga privasi.

Klik untuk gambar besar


Meskipun tidak dedahkan kekasih kepada umum, ramai wanita miang cuba mendekati dan menggoda kekasihnya di media sosial. Namun, Ruhainies berkata dia dan kekasih tidak pernah berbalah mengenai isu itu kerana saling percaya antara satu sama lain.

Siapa yang tidak tahu dengan kisah cinta Ruhainies dan Mr E. Betapa bertuahnya dia mendapat seorang kekasih yang romantik dan sering memanjakannya. Apa-apa pun, dalam bercinta kita harus jujur dengan pasangan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Semoga Ruhainies dan kekasih terus bahagia serta hubungan mereka kekal sehingga ke jenjang pelamin.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: