12 September 2019

SHUIB LUAH KESAL: "KITA MODIFIED BUKAN UNTUK RACE HIGHWAY BROTHER..."


Mengakui kesal apabila tindakannya untuk menaikkan semula industri permotoran telah disalah erti oleh banyak pihak, pelawak Shuib Sepahtu menerusi entri di Instagram (IG) menjelaskan tindakan yang dilakukannya selama ini adalah untuk membantu ramai pihak dan mengumpul 'Mat Moto' bagi mengeratkan ukhwah sesama sendiri.





"Kita tukar intro posting ni ya, sebab ramai yang terasa. Fokus pada apa yang ingin disampaikan. Chill gais. Bermula dari itu, industri permotoran kembali meriah, mat moto disatukan dengan anjuran ride sana dan sini hampir setiap minggu.

"Sampai ketahap boleh dikumpulkan pada satu tempat dengan puluhan ribu yang hadir. Bengkel-bengkel yang dulunya bisnes dah nak lingkup kembali bernafas kencang! SANGAT POSITIF! Tapi kenapa ada segelintir "mat moto" yang cuba menarik balik industri motor kebelakang dan membuatkan industri permotoran di pandang kotor? Perlu ke tonjolkan aktiviti haram di media sosial?

Klik untuk gambar besar


"Sampai yang lain ni pon terlibat? Kita modified bukan untuk race dekat Highway brother, kita modified sebab minat. Minat dan cinta pada motor. Sayangkan ukhwah yang dah mula terjalin di kalangan semua rider. SAYANG INDUSTRI PERMOTORAN KITA. SALAM YSUKU," tulisnya.

Melihat pada ruanagan komen, rata-rata mengakui bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Shuib dan berharap agar industri permotoran kembali meriah seperti dahulu. Baru-baru ini, pihak polis memberi amaran kepada penunggang motosikal berikutan tindakan mereka yang gemar mengubahsuai motosikal tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut laporan sebuah akhbar, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal Y15ZR atau Ysuku jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shuib Sepahtu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: