12 September 2019

"BA MINTAK MAAF SAYANG... BESAQ NANTI CEK FAHAM NAA" - SHARNAAZ


Menerusi entri di Instagram (IG), pelakon Sharnaaz Ahmad telah berkongsi sepotong video kenangan bersama anaknya, Jebat Jayden Ahmad berserta kapsyen yang menyentuh hati. Dalam kapsyen tersebut, Sharnaaz berharap agar suatu hari nanti, anaknya itu akan faham dengan apa yang terjadi antara dirinya dengan isteri, Noor Nabila Mohd Noor.





"Ba mintak maaf sayang naa Jebat Jayden.. ba sayang cek dgn nyawa ba.. besaq nanti cek faham naa," tulisnya ringkas yang menerima komen dimana rata-rata mengakui tersentuh dengan kapsyen yang ditulis oleh Sharnaaz dan ada juga tampil memberi kata-kata semangat kepadanya.

Semalam, air mata Nabila gugur ketika memberikan kenyataan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas kes tuntutan perceraian ditolak Sharnaaz. Berikutan penolakan itu, Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail memutuskan supaya kedua-duanya hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Bagaimanapun Sharnaaz menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: