12 September 2019

PENIAGA: "NI KAU ARTIS? NAK MINTA SPONSOR..." - TAJUL BERANG, JELASKAN


"Apa salah aku? Aku cuma tanya sahaja. Tak paksa pun dia sponsor," demikian kata penyanyi Tajul yang menjelaskan isu bagi mendapatkan tajaan alat ganti pada bahagian motosikal miliknya yang menjadi buah mulut netizen di laman sosial sebagai salah faham.





Menurut Tajul atau nama penuhnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, salah faham itu berlaku apabila pemilik bengkel alat ganti berkenaan yang dikenali sebagai Nobysan membuat andaian bahawa dia ingin membeli peranti motosikal itu daripadanya.

Selain itu, Tajul turut berang dengan tindakan lelaki itu yang memilih untuk menularkan mengenai hal itu darpada berbincang secara baik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kata Tajul, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Klik untuk gambar besar


"Sepatutnya bawa berbincang, bukan canang dekat Facebook. Kalau dia cakap tak boleh nak sponsor, aku boleh beli sahaja. Dia cakap nak padam status dekat Facebook, kita tengok sajalah. Kalau dia tetap nak berkeras, aku akan ambil tindakan," ujarnya.

Terdahulu, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyanyi lagu 'Melamar Rindu' itu selepas Tajul meminta tajaan daripadanya. Difahamkan, perkara itu bagaimanapun telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tajul


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: