Akui sedang mengenali seorang teman istimewa, pelakon dan pengacara Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 36, memilih untuk tidak terlalu mendedahkan perkara itu kepada umum buat masa ini.

"Ya, saya akui sedang mengenali seseorang, namun buat masa ini saya tidak mahu terlalu mendedahkan perkara ini kepada umum. Selagi saya belum sah bergelar isteri, lebih elok jika saya simpan dahulu perkara itu hanya untuk diri saya sahaja.
"Jika diperhatikan, sebelum ini pun saya memang jarang kongsi kisah peribadi kepada umum, jadi doakan yang terbaik untuk saya," ujar pelakon kelahiran Petaling Jaya yang mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 2006 dan masih berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sherry Ibrahim
________________________

No comments:
Post a Comment