11 September 2019

"THE BEST 'DRAMA' EVER, GUESS WHO'S..." - NEELOFA PERLI SHARNAAZ?


Ketika isu kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sedang kecoh, pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa telah mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen apabila memuatnaik beberapa kemas kini di laman Twitternya sebentar tadi.





Netizen beranggapan tiga status yang ditulis oleh Neelofa dengan menggunakan ayat 'aktor' seakan-akan memerli dan ditujukan kepada Sharnaaz yang menolak permohonan cerai kakaknya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Berikut merupakan kemas kini tweet Neelofa: "Saya jarang berkongsi mengenai perasaan saya, apa yang saya rasakan… Mmm tapi nampaknya ini dah semakin melampau! Saya baru sahaja menonton 'drama' terbaik. Cuba teka siapakah aktor tersebut? You killed it!" Sekarang... Pemenang bagi anugerah aktor terbaik jatuh kepada..."

Klik untuk gambar besar


Selain itu, menerusi satu lagi tweet yang ditulis Neelofa, dia berharap agar segala urusan yang melibatkan keluarganya dipermudahkan oleh Tuhan. Dalam pada itu, tweet yang ditulis Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa ini juga turut menerima pelbagai reaksi netizen.

Terdahulu, air mata Nabila gugur ketika memberikan kenyataan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebentar tadi apabila kes tuntutan perceraian ditolak suaminya. Berikutan penolakan itu, Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail memutuskan supaya kedua-duanya hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Bagaimanapun Sharnaaz menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.

Dalam prosiding tersebut, Sharnaaz enggan menceraikan isterinya meskipun Nabila telah mengemukakan beberapa alasan dia ingin berpisah. Antaranya, nafkah RM500 sebulan yang diberikan oleh aktor itu tidak cukup, tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun dan mereka juga sudah tidak ada persefahaman lagi. Segala usaha untuk berdamai tidak berjaya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: