27 September 2019

JOJET HANYA PELIK, BUKAN SAKIT MENTAL - MAN BAI


"Jojet okey, cuma dia tiada gigi buat mukanya nampak kecut. Cara pemakaiannya juga santai kerana dia biasanya suka mengenakan jubah.

"Dia juga lebih banyak menghabiskan masa di rumah menjaga bapanya di Kuang, Selangor.

"Saya pernah ke rumah mereka dan masuk bilik Jojet. Keadaannya bersih terjaga rapi," ujar penyanyi utama kumpulan Gersang, Man Bai, sekaligus menolak dakwaan pemain dram kumpulannya iaitu Jojet mengalami masalah mental.





Dakwa Man Bai, Jojet sihat serta masih siuman dan hanya sesekali berperangai pelik.

"Kadangkala saya sendiri hairan apabila ambil dia untuk sesi latihan, dia akan berbual seorang diri.

"Malah saya tanya dia, apa kau berbual ini Jojet? Sebenarnya dia tiada kawan. Apabila jumpa kami semua, dia main dram.

"Kami hairan juga dengan sikapnya. Apabila balik rumah, saya tanya Kid kenapa dengan Jojet, jawab Kid, Jojet sebenarnya mengada-ngada nak bermanja dengan kami. Dari situ saya faham dia sangat teruja apabila dapat berjumpa kami semula," tambahnya dipetik sebagai berkata.

"Jojet juga memasak untuk bapanya, bawa ke hospital dan sebagainya. Dia okey dan boleh diharap.

"Kalau tak normal, dia pasti tak boleh main dram. Kami bagi dia klip dram untuk dengar tempo lagu seperti lagu B29," katanya lagi. - NST

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: