27 September 2019

ABBY ABADI LAHIRKAN BAYI LELAKI MELALUI PEMBEDAHAN


Meskipun mengalami darah tinggi dan terpaksa dimasukkan ke wad, namun akhirnya pada jam 10.43 pagi tadi, penyanyi dan pelakon Abby Abadi, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

"Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala-galanya. (Bayi lelaki) Selamat dilahirkan pada 10.43 pagi... Cinta saya @abby_abadi112 dalam keadaan stabil. BP (tekanan darah) pun sudah turun.





"Doakan yang terbaik untuk ‘baby’. Sekarang dia berada dalam NICU. Mohon doa sahabat semua untuk Abby dan ‘baby’ ya," ujar suaminya, Faizal Zakaria, sambil berkata buat masa ini kedua-duanya berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, anak mereka perlu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) disebabkan lahir pramatang selepas Abby terpaksa bersalin walaupun kandungannya baru memasuki minggu ke-23.



Untuk info, sebelum ini Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandungnya meninggal dalam perut gara-gara tekanan darah tinggi. - NST

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: