19 September 2019

"KATA PAPA, EMPAT BINI TAK MAMPU JAGA MACAM ANAK..." - ANAK ZULKIFLI ZAIN


Baru-baru ini, perkongsian pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli, 43, mengenai perkembangan keadaan kesihatan bapanya yang juga seniman veteran, Datuk Zulkifli Zain, 75, mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen.





Sungguhpun sebak melihat Zulkifli sekali lagi terlantar di hospital, rata-rata netizen memuji kecekalan Norzizi dan adik-beradiknya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak. Bagi mereka, perkongsian itu menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk berbakti kepada ibu bapa ketika mereka masih ada.

Ruangan komen Instagram milik Norzizi yang juga aktivis teater terkenal dihujani komen netizen yang turut sama mendoakan agar bapanya diberi kesihatan yang baik. Terdahulu, Norzizi berkongsi beberapa keping foto bapanya yang sedang menerima rawatan di Pusat Pakar Perubatan UiTM kerana masalah kencing tidak lawas sejak Ahad lalu.

Klik untuk gambar besar


Menerusi foto dimuatnaik Norzizi di laman Instagram (IG) pagi hari ini, dia mengabadikan gambar sedih kerana menangis bersama bapanya. Dengan kapsyen ditulis, selepas sarapan pagi, duduk di katil kena picit lutut dia, sekali lagi papa ulang suruh beritahu adik dia ucap terima kasih.

"Lepas breakfast, duduk dekat katil kena picit lutut dia. Sekali lagi papa asyik ulang suruh beritahu adik-beradik, dia ucap terima kasih dan katanya kalau ada empat bini pun tak mampu jaga macam mana anak-anak dia jaga papa dan mama. Macam-macam lagi dia cakap, so saya cepat-cepat ambil phone and I said "ha cakap dekat adik-adik semua, Zi rakam ni", video itu buat saya tak boleh tahan, burst! Rabak," tulis Norzizi di laman Instagram.



Norzizi berkata dia sekadar berkongsi kesedihan di sisi bapanya yang dirawat di hospital: "Papa memang selalu berpesan. Cuma, barangkali pagi tadi yang cukup hening buat kami berdua dan dia pun pesan macam-macam. Saya pula jarang nangis, jadi sedihlah. Apapun, papa bukan kritikal. Dia stabil dan sakit sikit saja. Jangan risau, papa sihat dan dia akan sembuh tidak lama lagi," katanya memberitahu bapanya juga baru dibenarkan keluar hospital.

Katanya, video pesanan yang dirakam itu membuatkan dia tidak mampu menahan sebak dan sangat sedih hingga menangis. Zulkifli sebelum ini pernah diserang penyakit angin ahmar menyebabkannya lumpuh tangan serta kaki kiri. Untuk rekod, Zulkifli yang juga suami kepada pelakon Normala Omar ini pernah diserang angin ahmar pada 2016. Sementara itu, ditanya mengenai keadaan bapanya kini, Norzizi bersyukur masalah kesihatan bapanya tidak terlalu serius: "Nasihat saya kepada semua, walaupun kita sibuk dengan kerja... jangan lupa untuk luangkan masa dan berbakti kepada ibu bapa," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: