10 September 2019
KAWAL 'NAFSU MAKAN' - PRODUK MINYAK SAPU HANIS ZALIKHA DIPERTIKAI
Pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen antara artis yang menjadi perhatian netizen termasuklah kedua-dua anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang merupakan anak selebriti yang paling popular. Pasti ramai tahu Hanis mempunyai jenama tudungnya sendiri dan baru-baru ini pelakon itu memperkenalkan produk kecantikannya sendiri iaitu 'Cakenis Petite Oil'.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hanis menjelaskan minyak tersebut adalah untuk merawat kulit bahagian berlemak dan mengawal nafsu makan. Bagaimanapun, rata-rata netizen mengkritik keberkesanan produk tersebut.
Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan logik produk tersebut dengan sapuan sahaja boleh mengawal nafsu makan. Dalam pada itu, netizen turut menyelar tindakan selebriti yang mengeluarkan produk syok sendiri dan hanya mahu mengaut keuntungan sahaja.
Malah, ada netizen mengatakan adakah mereka tidak rasa bersalah memperdaya orang ramai dan tertanya-tanya mengapa masih ramai orang diluar sana yang turut mudah terpedaya. Dalam pada itu, netizen turut bertanyakan kepada Dr. Amalina Bakri berhubung produk tersebut. Apa pun sudah tentu Hanis sudah melakukan kajian terperinci sebelum memperkenalkan produk tersebut.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Hanis Zalikha
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment