10 September 2019

RAJIN MINUM KOPI - NOURUL DEPP ALAMI JANGKITAN DALAM TEKAK


"Sepanjang 24 tahun menyanyi ini tak pernah sekali pun pergi Otorhinolaryngology (ENT). Hari ni pergi juga. Tumpas dengan sakit tekak dan berkali-kali semenjak Jun ke September. Rupanya dah rajin minum kopi ni, bagi jangkitan pada tekak. Okay katakan tidak kepada kopi sementara ni.





"Kalau buat show jangan sibuk nak minum kopi. Ambil bau saja! Ni semua kerana suami ku, kopi dia sedap. Black kopi tau. Bukan kopi susu ka atau kopi 3 in 1. Jauh sekali. Itu bahaya! Jadi berjumpalah doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), terbongkar semua kisah dalam kerongkong.

"Alhamdulillah sikit sahaja jangkitan tetapi kena rawatlah. Nasib baik cepat bertindak! Nasib baik vocal cord tiada apa apa. Alhamdulillah," demikian kongsi penyanyi Nourul Depp menerusi akaun Instagramnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam status tersebut, Nourul memberitahu dia mengalami jangkitan dalam tekak akibat terlalu kerap minum kopi. Kata Nourul, sepanjang 24 tahun bergelar penyanyi dia akhirnya terpaksa mendapatkan rawatan di unit telinga, hidung dan tekak kerana berdepan masalah dari sejak beberapa bulan lalu.

Tambah Nourul lagi, keadaan kesihatannya bertambah teruk berikutan masalah jerebu yang semakin parah di ibu kota: "Jerebu ni pun tak membantu. Agaknya siapalah yang boleh berkeras sedikit dengan negara yang duk bakar hutan tu?! Banyak orang dah jatuh sakit ni," tambahnya yang turut menerima komen dimana peminatnya mendoakan kesihatan penyanyi lagu 'Cinta Azali' itu dan menasihatinya agar tidak melanggar pantang.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nourul Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: