10 September 2019

NETIZEN: "JANGAN BERLAGAK BAGUS, YOU ARE JUST A WAITER" - INI BALAS ZARUL


Menerusi laman Instagram, penyanyi dan pelakon Zarul telah meluahkan rasa kesal terhadap kata-kata seorang individu yang menghina kerjaya pramugara. Dalam komentar yang ditulis di ruang saluran YouTube Zarul, pengguna itu menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap segelintir pramugara yang berlagak: "Satu benda yang penumpang tak suka pasal cabin crew, jangan nak berlagak macam bagus. You are just a waiter," tulis pengguna itu.





Bagaimanapun, komen amarah pengguna itu memakan diri apabila Zarul bertindak membalas dan memuatnaik paparan skrin di laman media sosial Instagramnya baru-baru ini. Kata Zarul, sikap berlagak bukan terletak pada pekerjaan individu sebaliknya diri sendiri.

"Salam, pertama sekali terima kasih untuk komen. Buat pengetahuan anda sikap berlagak bukan hanya kru sahaja selagi kita ni manusia kita takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Setiap orang ada buat salah dan kalau awak cakap cabin crew ini setakat waiter awak silap besarlah. Kalau saya cerita panjang-panjang pun bukannya awak faham. Jadi, saya tak mahu membazirkan masa. Dan satu lagi, komen awak ni pun boleh tahan berlagak dengan huruf besarnya," tulis Zarul membalas komen pengguna itu.

Netizen bagaimanapun masih menyebelahi Zarul dan menganggap komen sedemikian tidak menjadi barah kepada sesiapa. Hingga ada yang menyifatkan tindakan pengguna itu bermotif cemburu kerana tidak mampu mengejar impian bergelar pramugara suatu ketika dahulu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zarul Umbrella


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: