10 September 2019

AERIL, WAWA KINI BERGELAR JUTAWAN: "TIBA MASANYA KONGSI REZEKI"


"Sudah tentu saya rasa bersyukur, tak dinafikan memang kami sudah berjaya mencapai beberapa juta. Kami dah rasa, sudah dapat dan mampu apa sahaja yang kami nak selama ini. Tiba masanya berkongsi rezeki dengan orang lain pula," kata pelakon Wawa Zainal yang meluahkan rasa syukur apabila perniagaan kosmetik yang diusahakan selama tiga tahun membuahkan hasil dan kini bergelar jutawan.





Berkongsi mengenai kejayaan mereka, Wawa yang kini sedang hamil anak ketiga itu mendedahkan banyak liku yang terpaksa ditanggung seperti ditipu individu berpangkat, selain menghambakan diri mempelajari selok belok bidang peniagaan selama tiga tahun.

"Perasaan puas bila kami berjaya lahirkan dua orang jutawan kosmetik dan empat orang lagi akan menyusul jadi jutawan dalam tahun ini. Masa mula-muka memang susah, lebih-lebih lagi kami tiada ilmu perniagaan. Latar belakang keluarga juga bukan orang bisnes. Saya ambil tiga tahun untuk establish. Saya juga pernah ditipu RM100,000 lesap sebab itu saya kurang percaya dengan individu berpangkat ni," jelasnya.

Tambah Aeril, mereka telah berjaya melahirkan dua 'leader' yang sudah meraih jualan sebanyak lebih RM2 juta dan RM1 juta: "Di bawah seliaan saya dan Wawa terdapat enam orang 'leader'. Di bawah leader ini pula akan terdapat banyak stokis.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, setakat ini, dua orang 'leader' sudah meraih jualan sebanyak lebih RM2 juta dan RM1 juta. Kami meletakkan sasaran baki empat 'leader' yang lain juga akan berjaya meraih jualan sebegitu sebelum hujung tahun ini.

"Sebenarnya, kami mendapat banyak tawaran untuk memasarkan produk ini di pasar raya, farmasi, aplikasi membeli-belah atas talian dan sebagainya, tetapi kami ada sebab tersendiri menggunakan khidmat 'leader'. Kami mahu berkongsi rezeki dan kami tidak mahu kaya sendiri. Ini cara kami dapat memberi semula kepada peminat yang selama ini tidak berhenti menyokong," ujar Aeril pula.

Terdahulu pasangan ini ditemui di majlis perlancaran Wawa Unicorn Kit Wawa di Bukit Bintang semalam. Hebat betul pasangan ini, dalam masa tiga tahun sudah menjadi jutawan kosmetik. Tahniah kami ucapkan buat Wawa dan suaminya, pelakon Aeril Zafrel yang kini sudah bergelar jutawan dalam bidang perniagaan.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafrel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: