10 September 2019

BULU MATA PALSU: PU AZMAN KONGSI HUKUM - CHE TA RESPON


Semua mengetahui mengenai penceramah bebas yang kini bergelar pelakon iaitu PU Azman yang sering berkongsi hakam perihal agama yang boleh memberi manfaat kepada ramai. Baru-baru ini, PU Azman ada berkongsi mengenai hukum pemakaian bulu mata palsu. Jelasnya, pemakaian bulu mata palsu adalah diharamkan kerana ia mempunyai unsur penipuan.





"Eyelash extension dan bulu mata palsu dilihat haram kerana ada unsur melampau. Ada unsur penipuan. Si pemakai nak orang lain tahu tu bulu mata dia, padahal bukan. Kalau si pemakai tak niat macam tu pun tetap haram kerana orang lain ingat itu bulu mata asli dia, maka ada unsur penipuan.

"Haram kerana ada gam di atas kulit maka menghalang air wuduk dan mandi wajib. Kalau takda gam pun ia tetap haram kerana unsur penipuan. Haram kalau memudaratkan kesihatan bagi kes-kes tertentu. Kalau tak mudaratkan kesihatan pun ia boleh jadi haram kerana ada unsur penipuan. Haram kerana mengubah ciptaan Allah. Haram kerana ada tujuan untuk bercantik-cantik sedangkan dia memang dah ada bulu mata asli ciptaan Allah," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Namun begitu, pemakaian bulu mata palsu boleh menjadi harus dalam situasi tertentu: "TETAPI, ia boleh menjadi harus kalau untuk menutup aib iaitu bagi orang yang tiada bulu mata dan tujuan untuk kelihatan cantik depan suami dan tidak menghalang air, tidak najis dan tak rosakkan kesihatan. Eyelash extension tiada kena mengena dengan plug extension," jelasnya.

Bagaimanapun, pelakon Rozuta Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta itu telah meninggalkan pertanyaan dalam ruangan komen tersebut: "PU Azman kalau orang dah tau yang tu bulu mata palsu? macam mana". Lalu, dibalas Azman ringkas: "Rozita Che Wan ia termasuk pula dalam kategori perhiasan melampau. Tapi pakai dalam rumah tuk suami dapat pahala Kak Bedah.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram PU Azman & Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: