10 September 2019

TUNKU AZIZAH PUJI "CUTE NYA" - TOMOK TAK SANGKA ANAK-ANAK DIJEMPUT KE ISTANA


"Tentunya kami sangat gembira jika mendapat jemputan daripada pihak istana. Bukan apa, ini pengalaman anak-anak. Siapa tak mahu bergambar dengan Agong, sekurang-kuranya dapat juga peluang untuk kami masuk istana. Kalau betul ia jemputan daripada Permaisuri Agong, saya rasa amat bertuah. Siapa tak nak kalau dapat peluang berjumpa Agong...





"Peluang begini sekali seumur hidup dan bukan semua orang boleh dapat peluang begini," demikianlah tutur penyanyi Tomok yang tidak menyangka video nyanyian dua anaknya iaitu Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5, sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mendapat perhatian istana.

Menurut Tomok, dia sekeluarga rasa bertuah apabila gelagat kedua-dua anaknya itu menerima pujian daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Segalanya bermula apabila Tunku Azizah membalas twit daripada seorang pengguna Twitter dan bertanya asal usul dua kanak-kanak lelaki yang memberikan ucapan kepada Sri Paduka Baginda.

Klik untuk gambar besar


Malah Tunku Azizah turut berbalas twit dengan memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan untuk menjemput kedua-dua mereka ke istana. Perbualan Tinku Azizah di Titter dikongsikan Tomok di Instagram. Bercerita lanjut, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 35, berkata, dia tidak menyangka ucapan anak-anaknya yang dimuatnaik isteri, Rahayu Abbas yang pada mulanya hanya sekadar suka-suka itu mendapat perhatian netizen termasuk Tunku Azizah.

"Memandangkan hari ini adalah hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, isteri saya saja suka-suka buat video untuk beri ucapan, sama seperti orang lain yang wish kepada Agong. Kemudian isteri saya upload ke Twitter dan ada individu yang tag Tunku Azizah. Tak sangka pula dalam banyak-banyak ucapan, video itu mendapat perhatian tuanku," ujarnya.

Terdahulu, Tomok menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin berkongsi beberapa paparan skrin dari akaun Twitter Tunku Azizah @cheminahsayang yang menjemput kedua-dua anaknya ke Istana Negara: "Ini betul-betul ke cobaan? Jemputan dari TUANKU AGONG untuk anak-anak saya ke istana negara," tulisnya yang menerima komen dimana rata-rata peminatnya termasuk beberapa rakan selebriti seperti Fara Fauzana, Sherry Al-Hadad dan Fadzil Zahari turut meluahkan rasa gembira dengan perkhabaran yang tidak disangka-sangka itu.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tomok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: