03 September 2019

KOMEN "LOL" DEKAT ISU CERAI SHARNAAZ - APA MAKSUD WAK DOYOK?


Isu perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila telah menjadi tumpuan sejak minggu lalu. Ramai yang meluahkan terkejut, bersimpati dan ada juga yang sebaliknya. Baru sahaja berkahwin selama dua tahun, agak sedih jika mereka memilih untuk berpisah memandangkan anak mereka, Jebat Jayden Ahmad juga masih kecil.





Meskipun pelbagai spekulasi timbul, Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca rumah tangganya bergolak. Disebalik reaksi netizen mengenai apa yang berlaku kepada Sharnaaz, komen selebriti popular, Wak Doyok terhadap berita perceraian tersebut menarik perhatian ramai.

Di Twitternya, Wak Doyok menulis pendek "LOL" dalam 'tweet' Astro Awani yang melaporkan berita mengenai isteri Sharnaaz sah failkan cerai. Tindakan Wak Doyok itu menimbulkan persoalan, sama ada dia meluahkan simpati atau menggelakkan Sharnaaz sebenarnya? Makna sebenar LOL masih mengelirukan ramai orang. Ada yang memahaminya sebagai "Laugh Out Loud", ada juga yang ingat maknanya "Lots of Love". Jadi, Wak Doyok ni sebenarnya gelak atau simpati terhadap nasib menimpa aktor terbabit?

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Forum CARI


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: