08 September 2019

LAMA MENYEPI - TAJUL NAFI 'MERAJUK', AKUI MASIH AKTIF


Penyanyi Tajul Ariff, 21, yang popular dengan lagu 'Disana Cinta Disini Rindu' duet bersama Wany Hasrita kini dilihat seperti menyepi. Tajul ketika dihubungi menafikan dia kini menyepi dan menjelaskan dia masih aktif menyanyi seperti biasa.





"Tidak ada sebab untuk saya merajuk. Jadual saya juga padat dengan undangan persembahan nyanyian. Saya fokus dengan undangan persembahan nyanyian yang diterima. Saya tak nafikan tahun ini cerita saya kurang dipaparkan di media, tetapi aktiviti nyanyian tetap sibuk seperti sebelum ini," jelasnya.

Tajul yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin berkata, sekarang dia juga dalam proses untuk muncul dengan lagu baru. Katanya, lagu baru itu menjurus pada rentak 'catchy' dan secara tidak langsung mengeluarkan dia dari kepompong zon selesa dengan lagu balada.

"Tidak sabar sebenarnya untuk muncul dengan lagu baru ini. Dijangkakan ia dapat diperdengarkan kepada umum selewat-lewatnya hujung tahun ini," katanya yang pernah menghangatkan industri hiburan tahun lalu dengan kisah peribadinya yang didakwa sudah berkahwin tetapi dinafikannya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Tajul Ariff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: