09 September 2019

MAMAT EXIST DICEKUP MILIKI DADAH SEBELUM KONSERT REUNION


Bakal mengadakan konsert reunion bersama kumpulan Exist pada 28 September ini, bekas vokalis kumpulan tersebut iaitu Mamat telah ditahan oleh polis di Taman Perling, Johor Ahad malam. Penahanan Mamat, 41, itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.





Difahamkan, Mamat dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum polis menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya. Mamat dan rakannya itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil ujian air kencing yang dibuat ke atas mereka juga mendapati kedua-dua suspek positif. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Assistant Kommissioner Mohd Taib Ahmad mengesahkan penahanan Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin.

Mamat mencipta fenomena ketika muncul bersama Exists pada awal 1990. Bersama Exists, Mamat sangat masyhur dengan lagu-lagu seperti Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan Langkah Seiringan. Penyanyi ini merupakan antara segelintir artis yang terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah dan sudah beberapa kali ditahan pihak berkuasa.

Klik untuk gambar besar


Mamat juga pernah menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro dan mendapat tempat kedua. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Shiraz Projects selaku pihak penganjur, konsert yang dirancang tetap akan berlangsung serta berjalan seperti biasa dan pihak mereka akan menyerahkan perkara terbabit kepada pihak berkuasa.

"Seluruh anggota Exists Reunion amat terkejut dengan berita penangkapan itu. Ketika ini, apa yang dapat saya katakan ialah, pihak kami masih menunggu perkembangan mutakhir berhubung dengan kejadian itu. Secara peribadi, berita ini amat menyedihkan dan mengejutkan lebih-lebih lagi menjelang konsert Reunion Exists yang akan berlangsung pada 28 September ini di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura," jelas penganjur menerusi satu kenyataan.

Mereka akui telah menerima banyak mesej dan panggilan daripada peminat yang bertanyakan status konsert yang sudah dirancang itu. Pihak penganjur juga akan berkongsi perkembangan terbaru mengenai konsert itu dari semasa ke semasa: "Sememangnya kami di Exists Reunion mahukan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ini satu ujian awal untuk kami dan berharap para peminat akan terus mendoakan yg terbaik untuk Exists Reunion," ujarnya lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Awani & Instagram Mamat Exist


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: