09 September 2019

CATRIONA ROSS KENA KECAM 'UBAH MUKA': "GUNA APPS SAJA"


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon Catriona Ross telah memuatnaik foto serta video dimana raut wajahnya nampak berbeza dari muka asalnya sebelum ini dan ia mendapat perhatian netizen. Pada mulanya, ia telah mengejutkan warganet apabila ramai yang menyangka Catriona melakukan perubahan pada wajahnya.





Apatah lagi, foto dan video tersebut menunjukkan bibir Catriona membengkak dan bentuk wajahnya menjadi semakin runcing. Catriona turut memberitahu di dalam kapsyen impiannya untuk memiliki wajah seperti pelakon antarabangsa Angelina Jolie: "Member-member cakap kalau buat kat Korea bagus. Ingatkan I boleh jadi rupa Jolie. Sekali, ni jek rupa I," tulisnya berseloroh.

Tanpa usul periksa, pelakon tersebut telah dikecam ramai warganet kerana Catriona dituduh tidak bersyukur dengan ciptaan Tuhan: "Muka dah macam tengkorak hidup. Tula hidup tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Muka asal Allah bagi cantik dah, kenapa perlu ubah ciptaan Allah."

Klik untuk gambar besar


"Daripada duit habis beribu-ribu buat muka, baik bersedekah kepada yang memerlukan. Nak cantik macam mana hakikatnya muka memang dah tua." - "Sorry to say, tak cantik langsung! Muka you dah lawa," kecam beberapa netizen.

Pun begitu, Catriona telah membalas komen-komen tersebut dengan emoji ketawa kerana merasakan mereka terlalu lurus mempercayai gurauannya itu. Foto dan video itu difahamkan telah disunting menggunakan aplikasi di telefon pintar.

"Tak ada make up yang boleh ubah muka jadi alien macam ni, guna apps (aplikasi) saja. Tapi netizen being netizen, biarlah," balas Catriona yang mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada tahun 2009 dan dikurniakan tiga anak iaitu Sephia Rania, 9, Jammal Raess, 7, dan Edruce Riyadh, 4.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Catriona Ross


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: