03 September 2019

MARK ADAM: "JIKA IBU PELUK ISLAM, SAYA GEMBIRA & BERSYUKUR"


Berdoa dan mengimpikan supaya ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 60, memeluk Islam, satu hari nanti, penyanyi Mark Adam atau nama penuhnya Mark Adam Fikri Abdullah, 40, berkata, sejak kebelakangan ini ibunya sering bertanyakan mengenai Islam selepas suka melihat tingkah laku Mark selepas memeluk Islam.





"Ibu amat menyukai sikap saya sekarang dan dia beritahu banyak perubahan positif terhadap saya selepas memeluk Islam. Saya tidak akan memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluk Islam, saya manusia pertama yang gembira dan bersyukur," katanya.

Sehubungan itu, Mark bercerita kepada ibunya mengenai kebaikan dan keindahan Islam: "Apabila saya memeluk Islam pada 2003, saya menikmati ketenangan dan perubahan. Antara yang dipelajari adalah menghormati orang dan agama lain. Saya percaya Islam agama yang benar dan berdoa ibu mengikuti jejak langkah saya".

Menurut Mark, Islam juga mengajarnya persediaan ketika hidup dan selepas meninggal dunia: "Saya bersyukur kerana isteri (Nor Azah Redzuan) dan bapa mentua banyak membantu mengenai ajaran Islam. Setakat ini saya sudah mempelajari solat termasuk berpuasa penuh (ketika Ramadan) sejak beberapa tahun lalu".

Klik untuk gambar besar


Menurut Mark, dia masih mempelajari dan mahu memantapkan bacaan al-Quran: "Selain keluarga, rakan selebriti seperti Shuib (Sepah) turut membantu dalam agama dan saya ketika ini mementingkan solat berjemaah".

Lebih penting baginya, dia mengenali Rasulullah SAW selepas memeluk Islam biarpun sebelum ini hanya mendengar mengenai Pesuruh Allah itu: "Impian saya adalah untuk terus kekal dan mendalami agama ini secara menyeluruh".

Kelmarin, Mark menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik dimana dirinya memberikan kejutan dan merealisasikan impian dengan membelikan sebuah rumah buat ibu tercintanya di Filipina. Dalam status tersebut, Mark memanjatkan rasa syukur dan turut mendedahkan impian itu sebenarnya telah disimpan sejak 23 tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: