03 September 2019

TIADA MASALAH KESUBURAN - NABILA HUDA DOA DIKURNIA ZURIAT LAGI


"Saya dan suami tidak pernah merancang dan setiap bulan kami mencuba, cuma belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Kami juga dah pergi buat 'check up' dan kami berdua masing-masing tiada masalah. Mungkin untuk alternatif lain saya ingin cuba rawatan mengurut selepas ini.





"Kalau diberikan rezeki anak, saya rasa memang dia akan jadi lelaki paling gembira dalam dunia," demikian tutur pelakon Nabila Huda yang mendedahkan sudah melakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan kepastian punca dirinya belum dikurniakan rezeki anak.

Kata Nabila, dirinya dan suami, Mohd Izwan Johar tidak mempunyai sebarang masalah, justeru mereka ingin mencuba alternatif lain. Tambah pelakon filem 'Munafik' ini, dia akui berasa sedih kerana belum mampu untuk hamil walaupun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga.

"Ada ketikanya saya rasa sedih tak dapat bagi dia zuriat tapi dia pula yang okay, sentiasa menenangkan saya dan dia memang sangat penyabar orangnya. Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam masa terdekat," katanya lagi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: