03 September 2019

PAWANA ISABELLA: PEMILIHAN DIPERSOAL - SYAFIQ KYLE TIADA NIAT 'RAMPAS'


"Tiada istilah saya 'rampas' tempat pelakon teater. Saya percaya Erma ada sebab tersendiri memilih saya yang hanya pelakon komersial menerajui teater itu. Saya tahu ada kalangan orang teater pun tertanya-tanya mengenai pemilihan saya tapi bagi saya, sama juga ada pelakon teater yang diberi peluang untuk berlakon dalam drama di kaca TV.





"Saya anggap pihak yang mempersoalkan itu sebagai satu cabaran dan Alhmdulillah, pementasan pun berjalan dengan baik," ujar pelakon Syafiq Kyle yang memberitahu dia tidak pernah berniat untuk 'merampas' tempat pelakon teater selepas menjayakan pementasan Malayu-Pawana Isabella sepanjang minggu lalu.

Pemilik nama Mohd Syafiq Shamim abdul Razak, 27, ini berkata dia menganggap pertikaian pemilihannya itu sebagai cabaran untuk dirinya melakukan yang terbaik. Syafiq berkata demikian ketika diminat mengulas mengenai kritikan segelintir pihak yang mempertikaikan pemilihannya sebagai teraju utama pementasan tersebut.

Teater arahan Erma Fatima bersama pengarah muda Naqiu Ariffin yang mula dipentaskan pada 21 hingga 31 Ogos lalu menerima sambutan yang baik. Dalam pada itu, pelakon drama 'Bukan Cinta Aku' ini memberitahu dia mempunyai asas dalam lakonan memandangkan pernah mengikuti jurusan tersebut.

Klik untuk gambar besar


Menurut Syafiq, dia melihat pembabitannya dalam pementasan itu memberi ruang dan peluang untuknya menambah ilmu: "Saya sebenarnya ada asas dalam lakonan kerana pernah mengikuti jurusan lakonan di Universiti Teknolagi Mara sebelum menceburi dunia hiburan tanah air.

"Bagi saya, pembabitan saya dalam teater ini dapat menambahkan ilmu dalam bidang lakonan serta pementasan. Apapun, saya melihat setiap kritikan untuk terus memperbaiki pretasi lakonan dari semasa ke semasa," jelasnya.

Dalam pada itu, pementasan teater Pawana Isabella yang mendapat sambutan akan disambung persembahannya pada 13 hingga 16 September ini bersempena degan Hari Malaysia. Teater bangsawan itu telah berlangsung pada 21 Ogos lalu turut dibintangi oleh Janna Nick, Azar Azmi, Datuk Adflin Shauki, Ozlynn wati, Johan Raja Lawak dan Datuk Ziela Jalil.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Syafiq Kyle & Janna Nick


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: