07 September 2019

"PLEASE! LET GO BARANG2 SAYA" - AIMAN TINO SANGGUP BAYAR RM8K


"Saya berjanji tidak akan marah dan akan merahsiakan pertemuan. Saya faham individu itu memerlukan wang dan saya boleh memberinya," demikian kata penyanyi Aiman Tino, 21, yang sanggup membayar RM8,000 kepada individu yang memulangkan kembali barangan miliknya iaitu komputer riba, kamera GoPro dan beg mengandungi MyKad dan passport yang hilang selepas keretanya dipecah di Kampung Melayu Subang, Selangor, malam kelmarin.





Malah, Aiman juga tidak marah dan sanggup memaafkan individu terbabit asalkan barangan penting itu dipulangkan semula. Aiman meminta individu yang mengambilnya menghubunginya menerusi Instagram dan dia sedia membayar nilai barangan berjumlah RM8,000. Dalam kejadian jam 10 malam itu, Aiman bersama rakannya singgah di sebuah kedai makan di kawasan itu selepas pulang dari Singapura.

Cermin belakang kereta Perodua Myvi miliknya yang diletak kira-kira 20 meter dari premis itu dipecahkan dan barangan berkenaan dilarikan menyebabkan Aiman kerugian lebih RM8,000: "Saya mengaku cuai kerana meninggalkan komputer riba, kamera GoPro dan beg itu dalam kereta. Kebiasaannya saya meletakkan barangan dalam but kereta tetapi kali ini terlupa".

Aiman berkata, dia terkejut dengan kejadian itu dan semua barangan itu penting buatnya kerana mengandungi rakaman aktivitinya di Singapura: "Terdapat beberapa video yang perlu disunting untuk dimuatnaik di YouTube," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kampung Melayu Subang, jam 12.15 tengah malam, semalam.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar & Instagram Aiman Tino


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: