07 September 2019

"ADA KETIKA SEDIH & DOWN" - BELLA ASTILLAH AKUI BUKAN MUDAH 'MOVE ON'


"Sejujurnya untuk 'move on' ini kena perlahan-lahan, lagi-lagi pasangan yang sebelum ini sentiasa bersama. Jadi, memang akan ambil masa sikit tapi saya sudah maafkan dia. Bagi saya, bila kita maafkan seseorang itu boleh memberi ketenangan pada diri sendiri. Tapi bila kita tak maafkan itu yang boleh mendatangkan perasaan sakit hati atau rasa benci," ujar pelakon Bella Astillah yang mengakui masih dalam proses untuk melupakan kisah silamnya dengan bekas suami, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.





Untuk makluman, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 November 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Ayden Adrean berusia dua tahun. Bagaimanapun, pasangan ini bercerai talak satu pada 16 Mei lalu selepas kontroversi melibatkan penyanyi kelahiran Singapura itu yang didakwa berlaku curang bersama beberapa wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, dia bagaimanapun sudah memaafkan perbuatan bekas suaminya itu dan berharap dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang. Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan dia ada melalui fasa bersedih selepas perceraian mereka, namun enggan membiarkan perasaan tersebut mempengaruhi kehidupannya.

Klik untuk gambar besar


Kakak kepada penyanyi dan pelakon Didi Astillah ini berkata, dia akan mengutamakan perasaan anak dan memikirkan tentang ibu bapanya setiap kali timbul perasaan sedih secara tiba-tiba: "Sudah tentu kita sebagai manusia biasa akan melalui fasa bersedih dan memang ada ketika saya rasa sedih dan down. Sebenarnya semua pilihan di tangan kita sama ada nak ceria atau sedih.

"Tapi saya pilih untuk gembira sebab saya masih ada anak dan keluarga. Saya tak boleh bagi aura negatif kepada mereka dan kalau terdetik rasa sedih, saya akan tengok Ayden serta ibu bapa saya. Saya selalu fikir, saya membesar dengan ibu bapa saya dan belum kehilangan mereka lagi, jadi kenapa perlu saya putus asa atau berasa sedih sedangkan saya masih ada mereka," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Bella Astillah & Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: