07 September 2019

2 PENGAKHIRAN, 5 MINIT BEZA - 'SWEET DREAMS' TERIMA PELBAGAI REAKSI


Semua mengetahui mengenai drama bersiri 'Sweet Dreams' yang mempunyai dua pengakhiran berbeza. Pada episod 19, kisah cinta tidak kesampaian apabila Putri (Mira Filzah) meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dan berakhir dengan memperlihatkan Qash (Ben Amir) berada di kubur Putri dan Karl.





Manakala episod 20 pula, Qash yang sebelum ini sering menjadi penyelamat kepada Putri sekali lagi menjadi hero pada saat-saat akhir apabila sempat menyelamatkan Putri dari kena langgar kereta dan berakhir dengan happy ending.

Walaupun idea bagi menyiarkan dua pengakhiran berbeza dipuji ramai, namun perbezaan yang dibuat hanya pada lima minit terakhir pada episod 20 itu tidak disenangi ramai. Mereka berpendapat episod 20 yang ditayangkan sebagai pengakhiran kedua drama popular itu hanyalah sekadar membuang masa.

'Sweet Dreams' sekali lagi menarik perhatian netizen di Twitter apabila rata-rata penonton menyuarakan rasa kurang senang kerana beranggapan mereka seakan-akan tertipu: "Buang masa je tengok Sweet Dreams hari ini, yang beza dia cuma 5 minit terakhir je ke? Boleh je kot buat InstaStory ke video tunjuk apa beza dia," komen netizen.

Klik untuk gambar besar


Drama arahan Michael Ang ini diadaptasi daripada novel Sweet Dreams karya Acik Lana dengan tayangan sebanyak 20 episod sampai ke penghujungnya pada Khamis. Gandingan sulung Ben Amir bersama Mira Filzah berjaya mencairkan hati penonton menerusi drama tersebut.

Drama berkenaan sepatutnya tamat pada episod ke-18 namun ditambah pada saat-saat akhir bagi menghargai sokongan penonton. Menurut Mira, pihak produksi mempunyai alasan yang tersendiri iaitu mahu penonton membuat pilihan terhadap pengakhiran liku-liku kisah cinta Putri dan Qash. Berdasarkan tinjauan di Twitter, netizen menyuarakan pandangan berbeza mengenainya.

"Alhamdullilah, akhirnya happy ending. Saya akan merindui Qash dan Puteri." - "Saya suka ending episod 19 kerana lebih realistik. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat." - Memang tak suka Putri mati macam tu dalam episod 19, tapi saya tak puas hati juga ending cliche episod 20... hero dan heroin dapat hidup bahagia," demikian kata-kata netizen.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Mira Filzah & Ben Amir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: