07 September 2019

ERMA FATIMA NAFI AMBIL DUIT OKU: "TIDAK MUNGKIN TERGAMAK..."


Menafikan dakwaan warganet mengatakan dia mengambil duit peminatnya juga Orang Kurang Upaya (OKU) yang datang membawa sejumlah wang dikumpul dan berjalan ke Istana Budaya, semata-mata mahu menonton teater Pawana Isabella, pengarah dan pelakon, Erma Fatima tampil memberikan penjelasan memandangkan begitu banyak komen negatif dimuatnaik warganet dan prasangka buruk dirinya.





Katanya, peminat OKU terbabit datang membeli tiket dua hari sebelum pementasan berlangsung dan penjaga tiket memberitahu kepadanya perihal perkara itu: "Biarlah saya jelaskan supaya perkara baik ini tidak mengundang dosa kepada kalian yang memberikan persepsi jauh tersasar.

"Sewaktu bertemunya saya kembalikan wang yang dikumpul peminat itu berserta wang berjumlah RM100 dalam sampul terbabit. Itu sedekah saya kepada dia. Saya letakkan sampul itu ke tepi sebab takut dia berasa kurang senang tambahan pula diberitahu yang dia sudah menghasilkan kerja tangan berbentuk hati daripada not RM1 dan diberikan kepada semua penjaga kaunter. Apabila ada yang menolak pemberiannya itu dia marah," jelasnya.

Sebelum ini, Erma berkongsi rakaman video bersama peminat terbabit bagi menyaksikan teater Pawana Isabella yang mula dipentaskan, 21 hingga 31 Ogos lalu dan dimuatnaik di laman Instagram miliknya. Dalam rakaman itu turut memaparkan pelakon yang terkenal dengan watak Mak Cun terbabit mengeluarkan duit daripada sampul.

Klik untuk gambar besar


Begitupun dalam rakaman terbabit, Erma ada menyebut dia tidak mahu menerima duit dibawa peminat OKU itu dan mahu menghadiahkan tiket pementasan Pawana Isabella secara percuma kepadanya. Warganet bagaimanapun sudah menyalah tafsir apabila ada pihak mendakwa Erma tetap mengambil wang dikumpul oleh peminat OKU itu, apabila dalam rakaman menunjukkan dia meletakkan wang yang dikembalikan dalam sampul ke tepi.

Erma berkata, dia mempunyai beberapa saksi melihat situasi itu yang duduk di hadapannya dan turut mendengar perbualan antara dia dengan peminat OKU terbabit: "Takkan saya mahu mengambil wang milik anak syurga ini. Masya-Allah sejauh itu pandangan anda kepada saya.

"Sekalipun saya ini jahat, tidak mungkin tergamak untuk menganiaya anak syurga ini yang sanggup kumpul duit dengan berniaga fotostat semata-mata untuk menonton persembahan saya," ujar Erma selain memaklumkan teater Pawana Isabella akan dipentaskan semula bermula 13 hingga 16 September ini atas permintaan ramai sekali gus meraikan sambutan Hari Malaysia.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Erma Fatima


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: