08 September 2019

SALAH GUNA NAMA & FOTONYA - NANA MAHAZAN KESAL SIKAP TAMAK PENIAGA


"Sebelum ini, saya ada membuat ulasan produk secara percuma atau berbayar, pada harga minimum. Tetapi, nama dan gambar saya pula digunakan sebagai iklan. Sedangkan, saya hanya membantu menghebahkan jualan sebahagian daripada produk berkenaan, bukan selaku pengguna. Tidak adil kepada bakal pembeli jika mereka menipu dengan cara begitu kerana ia membuatkan pengguna percayakan keberkesanannya.





"Seperti produk menguruskan badan, contohnya, saya bimbang kesannya nanti berbalik kepada saya berikutan orang percaya pada iklan terbabit. Melihat keadaan yang semakin sukar dikawal, lebih baik saya berhenti sahaja daripada berbuat begitu.

"Sekarang, kalau saya membuat promosi atau mengulas sesuatu produk sekalipun, ia hanya membabitkan syarikat korporat kerana lebih meyakinkan," demikian ujar pengacara Nana Mahazan yang mendedahkan sudah empat tahun berhenti membuat hebahan produk di laman Instagram gara-gara tindakan segelintir peniaga menyalahgunakan namanya.

Klik untuk gambar besar


Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 36, berkata biarpun tidak meraih pendapatan menerusi kaedah ulasan barang atau perkhidmatan, dia lebih tenang berbanding menjadi mangsa sifat tamak sesetengah pihak. Sejak setahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu memaklumkan, dia mengeluarkan produk sendiri seperti berus solekan, bedak asas, gincu dan pembersih mekap yang dijual secara dalam talian.

Katanya, selain menumpukan perhatian terhadap kerja pengacaraan, berniaga barangan kesukaan golongan wanita itu juga menjadi antara punca pendapatannya: "Saya sukakan benda yang cantik dan berkualiti. Jadi, kenapa tidak saya berkongsi dengan pengguna lain? Produk saya ini boleh didapati di portal e-niaga Cantix di bawah Media Prima Berhad".




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Nana Mahazan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: