08 September 2019

"SAYA TAK RASA DIA (AZIZ HARUN) AKAN BERHENTI..." - ALIFF SATAR


Tidak melihat pengunduran Aziz Harun pada konsert minggu ketiga Big Stage 2019 baru-baru ini sebagai langkah untuk penyanyi muda itu bersara daripada bidang muzik, penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar berkata, tindakan itu dibuat sejajar dengan impian keluarganya untuk melihat dia berjaya dalam bidang ilmu lain selain bidang seni.





"Aziz menarik diri kerana mahu meneruskan hasrat untuk sambung belajar, memandangkan kedua-dua ibu bapanya juga semakin tua dan mahu melihat dia memperoleh sesuatu selain bidang muzik. Jadi, kita menghormatinya. Saya sebagai rakan dan ada antara peminatnya juga percaya dan memperakui dia memang berbakat.

"Banyak bantuan yang dia hulurkan pada saya dalam penulisan lagu sebelum ini dan saya tak rasa dia akan berhenti daripada bidang muzik ini. Cuma sekarang dia ada sesuatu yang perlu dikejar dan saya doakan yang terbaik buatnya," tuturnya.

Minggu lalu, bintang kelahiran Brunei itu mengumumkan penarikan diri daripada pentas Big Stage 22019 selepas selesai menyanyikan lagu tugasannya. Pelantun lagu 'Jauh' itu dijangka akan berangkat ke United Kingdom untuk menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi Perniagaan di University of East Anglia, Norwich pada 15 September ini.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Alif Satar & Aziz Harun


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: